Saturday, March 29, 2014

~ MISI "CHEESEKUT" TERLAKSANA~

Assalamualaikum...

 Lama sungguh tak update blog..hahahaha..  Berhabukk da rase blog nie sbb lama sgt x bukak.. Hari nie saya nak share resepi cheesekut a.k.a biskut cheese.. Kira "cheesekut" tu nama singkatan dialah.. tetiba teringin pulak nak makan cheesekut buatan sendiri..heheh..  Bahan-bahan yg diperlukan pon x delah pelik-pelik sangat.. simple jee.. saya rse korg mesti pandai buat punyalah..

RESEPI CHEESEKUT

Bahan-bahan yang diperlukan :

250 gram cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
Biskut Hwa Tai Original Mini Cracker
Susu ( Low Fat )
Nestum


Cara-cara nak buat cheesekut :


1.Pukul cream cheese sampai kembang, pakai mixer..



2. Masukkan susu pekat manis 1/2 tin. Bagi yang suka manis tu bolehlah lebihkan susu pekat ye.
Bgi yg x mkn manis sgt tu, sye rse 1/2 tin pon dah cukup manis dah...
Pastu gaul-gaul sampai sebati..



3. Celupkan biskut dalam susu segar. Celupkan sekejap je tau bukan rendam lelame.. 
Nanti lembik pulak biskut tu kalau rendam lama-lama. 




4. Susun biskut yang dah dicelup susu dalam bekas.
 (sebaek muat-muat je biskut tu dalam bekas).




5. Then, sapukan lapisan cream cheese atas biskut.. Ratakan sehingga sebati..
 dah tu,  taburkan nestum atas lapisan tersebut. Kemudian, ulang step nie sampai 4-5 lapisan.. 



6. Akhir sekali, toppingkan cheeesekut kita dengan lapisan cream cheese yg agak tebal dan taburkan nestum (byk2)heheheh.. Lepastu, simpan dalam peti sejuk semalaman.. Dan siap!! Senangkan.. x yah nak bakar2 la bagai.. Okay.. Selamat mencuba...

Friday, October 4, 2013

# muhasabah diri 2

Assalamualaikum.. Satu perkara yang kita semua perlu ingat..Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. Kadang kala tu kita dah plan betul-betul sesuatu benda tu, tapi sometimes ianya x jadi.. Mungkin bukan sebab apa.. Mungkin belum ada rezeki.. Dan suka untuk sya ingatkan diri sendiri, " manusia hanya mampu merancang , Allah yang tentukan dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.. #muhasabah diri



Saturday, August 24, 2013

Petua Awet Muda

Assalamualaikum.. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang telah saya baca... Semua orang pasti nak sentiasa kelihatan awet muda kan.. Jomlah kita amalkan petua nie..


Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



Tuesday, August 13, 2013

Nikmat Syawal Tiba Lagi

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syawal telah tiba lagi.. pejam celik pajam celik dah raya keenam.. Cepat betol masa berlalu.. Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya ini.. haaa... raya raya jugak.. tapi pemakanan kenalah jaga.. memang dugaan betul time2 rye nie... makanan sedap-sedap... dengan lemangnye, ketupat la, rendang laa.. x kurang dengan kuih2 nye.. especially my favourite kuih ( kuih tart)...  Alhamdulillah.. Raya tahun nie kami sekeluarga dapat sambut dengan keadaan sederhana tapi meriah.. Raya dah la setahun sekali.. waktu raya nie la kami habiskan masa dengan berziarah ke rumah nenek2 saudara, makcik2 saudara dan jiran tetangga.... (klu x raya belum tentu datang ).. x sempat nak tengok rancangan tv yg best2 tu.. tpi x pe la.. tv bole tgok hari2.. raya setahun cme 30 hari.. Ok lahh.. dah x tau nak cerita apa,.. yang penting, jomlah  ERATKAN SILLATURRAHIM SESAMA MANUSIA....

Thursday, August 1, 2013

MISI MENCARI LAILA

Assalamualaikum.. Alhamdulillah... Di bulan Ramadhan ini,  kita sudah sampai ke hari yang semua muslimin dan muslimat nantikan  iaitu 10 malam terakhir.. 10 akhir ramadhan merupakan antara malam- malam yang penuh dengan keberkatan dan fadilat yang tertentu.. 

Antara kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan ialah kehadiran malam lailatul qadar..
Lailatul Qadar amat istimewa buat umat Islam. ia berdasarkan ayat Al-quran dari surah Al-Qadr. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan "
 ( Al-Qadr :2 )

Dengan berbaki 5 malam lagi di bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama kita grab peluang yang ada setahun hanya sekali ini dengan gandakan  ibadat bagi membentuk sahsiah diri  kerana di bulan Ramadhan inilah masa yang sesuai bagi mentarbiyah  hati kita di samping bagi mencari malam lailatulqadar.. Pada malam - malam terakhir ini juga  Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Saya harap misi kita semua dalam  mencari malam lailatul qadar dipermudahkan oleh Allah dan berhasil dengan jayanya.. Selamat beramal ibadat..





Sunday, July 21, 2013

Kebaikan Air Masak

Assalamualikum.. 
Air merupakan sumber keperluan utama bagi manusia bagi meneruskan kehidupan.. Tanpa air manusia mahupun binatang2 akan mati. Air mempunyai banyak kebaikan kepada badan manusia. Antara kelebihan air minuman ialah: 

1) Menguruskan badan
2) Melancarkan sistem pencernaan
3)Rawatan kecantikan
4) Melambatkan pertumbuhan zat yg menyebabkan kanser
5)Menyihatkan jantung
6) Ubat penyakit strok
&) Melembab dan melembutkan kulit

Haa.. sesiapa yang nak maintain sihat dan cantik tu banyak2 la minum air..