Antara kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan ialah kehadiran malam lailatul qadar..
Lailatul Qadar amat istimewa buat umat Islam. ia berdasarkan ayat Al-quran dari surah Al-Qadr. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan "
( Al-Qadr :2 )
Dengan berbaki 5 malam lagi di bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama kita grab peluang yang ada setahun hanya sekali ini dengan gandakan ibadat bagi membentuk sahsiah diri kerana di bulan Ramadhan inilah masa yang sesuai bagi mentarbiyah hati kita di samping bagi mencari malam lailatulqadar.. Pada malam - malam terakhir ini juga Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Saya harap misi kita semua dalam mencari malam lailatul qadar dipermudahkan oleh Allah dan berhasil dengan jayanya.. Selamat beramal ibadat..
No comments :
Post a Comment