Saturday, August 24, 2013

Petua Awet Muda

Assalamualaikum.. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang telah saya baca... Semua orang pasti nak sentiasa kelihatan awet muda kan.. Jomlah kita amalkan petua nie..


Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



Tuesday, August 13, 2013

Nikmat Syawal Tiba Lagi

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. syawal telah tiba lagi.. pejam celik pajam celik dah raya keenam.. Cepat betol masa berlalu.. Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya ini.. haaa... raya raya jugak.. tapi pemakanan kenalah jaga.. memang dugaan betul time2 rye nie... makanan sedap-sedap... dengan lemangnye, ketupat la, rendang laa.. x kurang dengan kuih2 nye.. especially my favourite kuih ( kuih tart)...  Alhamdulillah.. Raya tahun nie kami sekeluarga dapat sambut dengan keadaan sederhana tapi meriah.. Raya dah la setahun sekali.. waktu raya nie la kami habiskan masa dengan berziarah ke rumah nenek2 saudara, makcik2 saudara dan jiran tetangga.... (klu x raya belum tentu datang ).. x sempat nak tengok rancangan tv yg best2 tu.. tpi x pe la.. tv bole tgok hari2.. raya setahun cme 30 hari.. Ok lahh.. dah x tau nak cerita apa,.. yang penting, jomlah  ERATKAN SILLATURRAHIM SESAMA MANUSIA....

Thursday, August 1, 2013

MISI MENCARI LAILA

Assalamualaikum.. Alhamdulillah... Di bulan Ramadhan ini,  kita sudah sampai ke hari yang semua muslimin dan muslimat nantikan  iaitu 10 malam terakhir.. 10 akhir ramadhan merupakan antara malam- malam yang penuh dengan keberkatan dan fadilat yang tertentu.. 

Antara kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan ialah kehadiran malam lailatul qadar..
Lailatul Qadar amat istimewa buat umat Islam. ia berdasarkan ayat Al-quran dari surah Al-Qadr. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan "
 ( Al-Qadr :2 )

Dengan berbaki 5 malam lagi di bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama kita grab peluang yang ada setahun hanya sekali ini dengan gandakan  ibadat bagi membentuk sahsiah diri  kerana di bulan Ramadhan inilah masa yang sesuai bagi mentarbiyah  hati kita di samping bagi mencari malam lailatulqadar.. Pada malam - malam terakhir ini juga  Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Saya harap misi kita semua dalam  mencari malam lailatul qadar dipermudahkan oleh Allah dan berhasil dengan jayanya.. Selamat beramal ibadat..